MOHD. Na’im Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed dalam Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1445H/2024M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA: Pintas Utama Sdn. Bhd. (Pintas Utama) kekal komited meneruskaninisiatif menaja beg kasut dan beg uncang kepada kira-kira 30,000 jemaah hajiMalaysia yang berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sepanjangmusim haji 1445H/2024.
Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pintas Utama itu mendapat pengiktirafanTabung Haji dalam Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan kepadaSahabat Korporat TH di Kuala Lumpur, semalam.
Tajaan set beg kasut dan uncang itu adalah menerusi program Sahabat Korporatyang dikelolakan Tabung Haji setiap tahun bagi kegunaan para jemaah di tanah suci.
Agihan itu dijalankan secara berperingkat semasa anjuran Kursus Perdana Hajimengikut kuota jemaah yang disediakan di seluruh negara.
Sahabat Korporat adalah program tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakanoleh Tabung Haji setiap tahun yang disertai syarikat-syarikat korporat untukmembantu memudahkan, sekali gus meraikan bakal jemaah dalam membuatpersediaan kelengkapan barangan keperluan ketika menunaikan ibadah haji di tanahsuci. –
UTUSAN