PINTAS Utama sekali lagi menzahirkan komitmen terhadap kebajikan jemaah haji apabila menerima plak penghargaan di atas sumbangan berterusan syarikat itu sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) menerusi penajaan set beg kepada jemaah Malaysia sepanjang tempoh Haji 1446H/2025.
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir Marhalim Mohamed pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH di sini.